Thursday, 10 December 2015
Wednesday, 2 December 2015
Latar Belakang
Program melahirkan Saintis Islam Anjung Ilmu Terengganu ini dilaksanakan bertepatan dengan pencapaian Negeri Terengganu
dalam melahirkan generasi yang berilmu yang hafiz dan hafizah yang mana sudah
diterapkan sejak tadika lagi. Pelajar-pelajar yang hafaz Al-Quran ini perlu
diberi galakan dan bimbingan yang berterusan supaya kemahiran mereka tidak
disia-siakan.
Program Saintis Islam Anjung Ilmu ini dilaksanakan adalah selaras
dengan penumpuan Terengganu dalam bidang Pengajaran Al-Quran yang mana telah
berjaya melahirkan ramai hafiz Al-Quran. Program ini turut menumpukan
pendidikan dalam bidang sains supaya lebih ramai Saintis Islam dapat
dilahirkan. Program ini diwujudkan bagi menggunapakai ilmu Al-Quran, kemahiran,
kepakaran, dan kemudahan yang ada secara optimum dalam membentuk
pelajar-pelajar di Negeri Terengganu yang terpilih menjadi Saintis Islam yang berjaya.
Pelajar-pelajar ini dapat meneruskan pengajian mereka dalam aliran sains, di samping
tidak meninggalkan Al-Quran dan Sunnah.
Program ini juga dapat mengawal pembaziran kos dalam pembiayaan
biasiswa pengajian pelajar oleh kerana penerapan nilai-nilai tanggungjawab
selepas pelajar menamatkan pengajian dengan biasiswa; iaitu pelajar yang
berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dapat menggalas tanggungjawab
sebagai pakar sains atau saintis yang berkeupayaan mengajar masyarakat dan seterusnya
menjadi sumber rujukan masyarakat dalam bidang kepakaran mereka. Secara tidak
langsung mereka bakal menjadi Saintis Islam yang berkaliber dan seterusnya
dapat membentuk generasi yang seimbang
dari segi akademik dan Al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)