Pada 24 Januari 2016 hingga 25 Februari 2016 telah berlangsung Program Saintis Islam KOHORT II 2016 anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Yayasan Terengganu dan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT). Program ini telah diadakan di Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan telah berakhir dengan jayanya.