Wednesday 14 June 2017

PROGRAM SAINTIS ISLAM KOHORT III 2017

    Pada 6 Februari 2017, berlangsungnya  Majlis Perasmian Program Saintis Islam Terengganu KOHORT III 2017 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini dirasmikan oleh YB.Haji A.Latiff B. Awang- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri Terengganu. Program ini adalah merupakan kali Ke-3 diadakan dan pelajar pengambilan kali ketiga ini adalah sebanyak 16 orang kesemuanya. 16 orang pelajar ini akan menyertai Program Saintis Islam KOHORT III 2017 bermula 6 Februari 2016 hingga 2 Mac 2017 dan mempelajari 10 modul lengkap iaitu:

            Modul 1: Apresiasi Ketamadunan Islam & Kenegaraan
            Modul 2: Integrasi Minda Quranik & Saintifik
            Modul 3: Pengembangan Daya Fikir & Intelektual
            Modul 4: Pemantapan Jati Diri Psikospiritual
            Modul 5: Komunikasi & Dominasi Bahasa
            Modul 6: Kecergasan Fizikal & Pemakanan Rasulullah (Saw)
            Modul 7: Penerokaan Sains & Matematik
            Modul 8: Aplikasi Teknologi & Kejuruteraan
            Modul 9: Keusahawanan
            Modul 10: Eksplorasi Diri

    Pada akhir program ini, seorang sahaja pelajar akan dipilih dan mendapat biasiswa penuh pengajian ke luar negara daripada peringkat ijazah, sehingga ke peringkat PhD dan akan ditempatkan di PSKT sebagai Saintis Islam.
    Untuk makluman, pelajar yang telah terpilih sebelum ini adalah seorang setiap tahun. Pelajar yang terpilih sebelum ini bagi Program Saintis Islam KOHORT 1 2015 ialah  Muhammad Nur Irfan Bin Mohd Zameri. Kini sedang melanjutkan pelajaran Semester 4, peringkat A Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) – (Malaysia’s Premier A Level College) , Lembah Beringin dan pada Bulan September ini akan melanjutkan pengajian ke luar negara.
    Manakala pelajar yang terpilih untuk Program Saintis Islam KOHORT II 2016 ialah Muhammad Lutfil Hady Bin Zainol Hady kini sedang melanjutkan pelajaran Semester 2, peringkat A Level di di tempat yang sama iaitu di KYUEM, Lembah Beringin.